Tuesday, 27 March 2012

BENGKEL PENGURUSAN FAIL PSS SECARA BERKESAN


 Tempat : Bilik Seminar Sri Tembeling, PKG Tembeling
Tarikh : 21 hingga 23 Mac 2012 ( Rabu hingga Jumaat)
Encik Mazlan sedang memberi penerangan mengenai proses teknik bagi sebuah buku baru.
 GPM perlu membuat analisis berbentuk carta tertentu tentang kehadiran, penggunaan dan sebagainya. Data-data mentah sebegini hendaklah diproses menjadi bahan untuk direkod supaya menjadi menarik dan berkesan. Rujukan penting sebegini seharusnya menjadi dokumen penting yang perlu ada di PSS.

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS DAN ICT, SK PASIR DURIAN

 SK Pasir Durian terletak kira-kira hampir 60 km daripada PKG Tembeling. Namun sekiranya menyeberangi sungai, ia cumalah tidak sampai 6 km.
 Encik Fadlillah sedang melekatkan huruf bagi perkataan PUSAT SUMBER SK PASIR DURIAN.
 Encik Mazlan sedang meletakan jadual pengawas bertugas.
 Saudara Yondrika sedang dibantu oleh Encik Amir, PKG Tahan untuk melekatkan papan kenyataan PSS.
Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK. Pasir Durian, Jerantut, Pahang.
Kru Khidmat Bantu : Mazlan (PTP1), Fadlillah (PTP2), dan Yondrika (FT17) dan dibantu oleh Amir Hamzah ( PTP2) PKG Tahan.
Tarikh : 26 Mac 2012

Catatan:
1. Membantu menceriakan PSS dengan menampal kata-kata hikmat dan menggantung gambar atau frame.
2. Menyemak dokumen seperti rekod pinjaman murid dan guru.
3. Menyemak komputer di makmal komputer sama ada beroperasi dan tahap kerosakan


Friday, 16 March 2012

LAWATAN SEHARI KETUA PENOLONG PENGARAH BTPN PAHANG TUAN HAJI MOHAMED KAMAL


8 Mac 2012- KEHADIRAN Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang yang baru bagi mengantikan Tuan Haji Mohd Raauf sesuatu yang dinanti-nantikan.Lawatan ini merupakan lawatan pertama kali ke PKG Tembling setelah memegang jawatan KPP BTPN Pahang. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara staf PKG Tembeling dan KPP serta BTPN Pahang.

Semasa lawatan ini beliau banyak memberi kata-kata semangat kepada kami di sini dan juga memberi teguran yang membina agar dapat menguruskan PKG Tembeling dengan lebih baik dan sempurna. Beliau juga mengingatkan agar menjalinkan perhubungan antara staf, PPD, JPN dan komuniti setempat. Hasrat beliau itu telah diluahkan semasa sesi ramah mesra bersama staf PKG Tembeling.

Mengiring lawatan kerja itu ialah Encik Asian Bin Hussein, wakil UHEPKG  BTPN Pahang. Manakala diperingkat PKG Tembeling pula ialah Encik Mazlan bin Che Kob- PTP1, Mohd Fadlillah bin Md. Yusof-PTP2, Yondrika bin Sudirman- FT17 dan Noryasmin bin Mat Yasin- PT N17.



Semoga lawatan ini memberi impak yang positif kepada kami serta membuka lambaran baru untuk bekerja dengan lebih gigih dan dedikasi.Seterusnya kami berusaha memberi yang terbaik dan segala teguran dan amanat beliau kepada kami akan dilaksanakan dengan baik. Terima kasih atas kunjungan ini. Semoga di lain masa yang sesuai kami berharap kehadiran beliau dalam siri lawatan lain ke PKG Tembeling ini akan dapat memberi suntikan semangat yang mencriakan cita-cita kami untuk terus maju, cemerlang dan gemilang



Tuesday, 13 March 2012

BENGKEL PENYELENGGARAAN KOMPUTER : Mengasah kefahaman, mempertajamkan kemahiran sedia ada


Peserta yang terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik komputer memulakan aktiviti dan bengkel seawal 9 pagi. Beberapa orang GPB perempuan tidak terkecuali malah mereka dengan jayanya mengikuti program ini.  Meneliti perkakasan sebelum menerusikan proses install. Peralatan yang dipasang tidak betul boleh menyebabkan kerosakan pada papa induk.


 Mengesan masalah awal adalah lebih baik daripada menukar peralatan dengan kos yang tinggi. Masalah ini dapat diatasi sekirannya guru tahu teknik dan cara yang berkesan.


Semasa bengkel ini, mereka juga didedahkan cara memasang cat6 head talian networking. Rata-rata belum pernah mencuba. Setelah melalui proses ini dan dibantu oleh FT yang mahir, akhirnya GPB dapat merealisasikan apa yang mereka pelajari semasa bengkel ini. Diakhir bengkel rata-rata GPB dapat menguasi kemahiran mengesan, memperbaiki dan menyelenggara komputer atau laptop secara sendiri. Jika sebelum ini mereka agak takut-takut namun setelah bengkel ini, GPB dan FT begitu yakin dengan tugas mereka. Sebenarnya mereka telah pun tahu untuk menyelenggara komputer malah ada setengah GPB dan FT mempunyai kemahiran yang tinggi, namun kerana tiada bimbingan, mereka kurang yakin. Setelah bengkel ini berakhir, rata-rata melahirkan puas hati dan berkeyakinan dengan apa yang mereka akan buat nanti. Ini terbukti apabila kebanyakan komputer yang dibawa untuk latihan ( rosak ) telah diperbaiki dengan jayanya. Tahniah, semoga ilmu ini berkembang dan menjadi ibadah.

Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer Bil1/2012


Tarikh : 23 Mac 2012
Hari : Khamis
Masa: 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Sri Tanjung, PKG Tembeling
Pengerusi : Mazlan bin Che Kob, PTP1 PKG Tembeling

Catatan.
1. Menggerakan 5 orang FT17 PKG Tembeling untuk khidmat bantu ICT kelompok- Pelepasa- Guru     Besar/Pengetua
2. Mengadakan bengkel baikpulih komputer
3. Menyertai lawatan penanda aras

Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan dan Media Bil.1/2012



Tarikh : 22 Mac 2012
Hari : Rabu
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Sri Tanjung, PKG Tembeling
Pengerusi Mesyuarat : Puan Hjh Hamsiah bt Ab Ghani ( Pengerusi PKG / Guru Besar SK Kuala Tembeling
Setiausaha : Mazlan bin Che Kob

Catatan.
1. Mesyuarat ini di hadiri oleh semua GPM
2. Mengadakan lawatan ke Pameran Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur
3. Menjadikan lawatan ke pameran buku sebagai aktiviti tahunan PKG Tembeling.
4. Mengadakan lawatan Penanda Aras
5. Mengadakan Anugerah NILAM peringkat PKG Tembeling
6. Khidmatan Bantu PSS secara mood kecil


JKPA PKG TEMBELING : Bicara Memperkukuhkan Agenda 2012

3 Mac 2012-  SATU Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakataan Aktiviti PKG (JKPA) telah diadakan bagi membincangkan isu dan aktiviti sepanjang tahun 2012. Mesyuarat ini telah diadakan tepat jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Tanjung, PKG Tembeling. Semua sekolah ahli menghadiri mesyuarat ini walaupun ada beberapa buah sekolah menghantar wakil mereka. Ini disebabkan beberapa orang Pengetua atau Guru Besar berada dilokasi luar bagi memenuhi komitmen lain yang sangat penting diperingkat daerah dan negeri. 

Beberapa kata sepakat telah diambil melalui menyuarat JKPA ini. Antaranya mengadakan bengkel bagi guru mata pelajaran UPSR, bengkel-bengkel tambahan selain daripada apa yang disenaraikan melalui SKT PKG tahun 2012, dan mengadakan Anugerah NILAM peringkat PKG Tembeling 2012.

Aktiviti yang dirancang pula adalah berdasarkan SKT PKG yang telah dimurnikan oleh BTPN Pahang pada 29 Februari lalu dan ia menjadi panduan kepada perancangan aktiviti PKG Tembeling.

Senarai Jawatakuasa Baru ialah seperti berikut, Pengerusi - Puan Hjh Hamsiah bt Abd. Ghani (Guru Besar SK Kuala Tembeling) Naib Pengerusi Sekolah Rendah - Encik Idris bin Said (Guru Besar SK Merting), Naib Pengerusi Menengah - Encik Ramli bin Mohd (Pengetuan SMK Jerantut), Setiausaha - Mazlan bin Che Kob- (PTP1 PKG Tembeling) Timbalan Setiausaha - Mohd Fadlillah bin Md. Yusof (PTP2 PKG Tembeling) Jawatankuasa Kurikulum - Abd Rashid bin Md.Yusof (Guru Besar SK Pulau Mansok), Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan Bahan - Wan Hamidon bin Wan Ahamad (Guru Besar SK Pedah), Jawatankuasa Sosial - Zukifli bin Daud (Pemangku Guru Besar SK Chebong)- Jawatankuasa Pusat Sumber- Puan Hjh Roziah binti Mohd Razali (Guru Besar SK Jerantut Jaya), Jawatankuasa Teknologi Maklumat (ICT), Tuan Haji Mohamad Arib bin Awang Hassan (Pengetua SMK Kuala Tembeling)

Semoga barisan kepimpinan ini dapat menceriakan aktiviti yang akan dijalankan. PKG Tembeling mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ini dan ia sebenarnya satu pelambangan bahawa pemuafakatan itu adalah sesuatu yang baik untuk terus kita amalkan.

KHIDMAT BANTU PSS SK TEH 2012, Dimurnikan dalam Program Turun Padang PKG Tembeling





28 Mac 2012 - PKG Tembleing telah menurunkan 2 orang Kru untuk program Khidmat Bantu PSS Sekolah Kebangsaan Teh bagi membantu kerja-kerja keceriaan ringkas. Pada awal perancangan khidmat bantu tersebut dirancang selama dua hari tetapi hanya sehari sahaja digunakan bagi tujuan tersebut. Ini adalah kerana pihak sekolah terlibat dalam persiapan bagi program Bercerita Peringkat Daerah Jerantut.

Antara kerja-kerja yang dapat dilakukan semasa khidmat bantu tersebut ialah memasang pentas bercerita yang diberi mana Inspirasi Bahasa, menggantung frame gambar, menambal huruf dan perkataan, menukar alas meja dan sebagainya. Bagi khidmat bantu ini kru PKG Tembeling tidak menyemak fail-fail kerana bahagian ini akan dilakukan setelah GPM diberi latihan dan pendedahan di bengkel Pengurusan Fail PSS yang akan diadakan pada 21 hingga 23 Mac 2012. Justeru, khidmat bantu ini bagi membantu PSS sekolah ini meningkatkan keceriaannya yang baru berpindah ke lokasi baru.


Diharapkan khidmat bantu ini dapat membantu GPM sekolah ini menceriaakan PSS, mengemaskini apa yang patut dan setidak-tidaknya mengoperasikan PSS bagi kegunaan murid-murid dan guru. Pihak PKG Tembeling akan terus memantau setiap PSS sekolah kelompok ini agar beroperasi dan berada dalam keceriaan yang memuaskan.

Bagi sekolah yang belum pernah menerima khidmat bantu PSS, PKG Tembeling akan berusaha mengadakan program yang sama ke sekolah anda. Bagaimanapun, ia bergantung kepada masa. Sekiranya terdapat percanggahan masa dengan aktiviti sekolah atau peringkat daerah, kami terpaksa akur dan berusaha mengadakan di lain masa yang difikirkan sesuai.

Kesungguhan ini membuktikan bahawa PKG Tembeling turut bersama membantu PSS sekolah bukan sekadar datang memantau dan membuat penilaian tetapi tidak membantu. Berdasarkan maklum balas yang kami terima, maka khidmat bantu seperti itu telah kami lakukan bagi membantu PSS. Semoga pihak sekolah berpuas hati dengan program turun padang kami ini dan ianya akan menjadi dasar baru bagi PKG Tembeling membantu PSS sekolah.

PELANCARAN myBuletinZ

Pada hari ini, 13 Mac 2012.. myBuletinz PKG Tembeling dilancarkan secara rasminya. Semoga ia menjadi platform berguna untuk menyebarkan maklumat semasa daripada PKG dan juga sekolah kelompok. Penggunaan blog ini bukan bererti menafikan penggunaan web. Ia tetap berfungsi seperti biasa. Pendekatan blog digunakan kerana ia popular berbanding web buat masa ini. Justeru, PKG Tembeling cuba merialisasikan perkara ini menjadi sesuatu yang menarik disamping mengembelingkan sekolah ahli sebagai penyumbang berita dan informasi terkini.

Saya berharap dengan ada ruang ini, aktiviti kelompok PKG Tembeling dapat diceriakan dari masa ke semasa. Semoga apa yang berlaku dalam lingkungan kelompok ini dapat diwar-warkan keseantero dunia melalui myBuletinz ini.

Apa itu myBuletinz? perkataan "my" itu ialah bagi hosting MALAYSIA. Manakala Z pada penghujung Buletin ialah memberi makna segala berita yang baik dari A hingga Z akan dipaparkan. Manakala berita yang tidak bermakna dan tidak bernilai tidak akan menjadi paparan kami. Sebagai agensi kerajaan, kami tidak akan melanggari etika kerja sebagai penjawat awam dengan memaparkan berita dan cerita yang tidak betul, salah dan tidak bermanfaat. Tegasnya, buletin ini menjadi sesuatu yang menarik dan baik sekiranya ia dimanfaatkan semaksima mungkin. 

Semoga penerbitan myBuletinz PKG Tembeling kali ini berjaya mencapai sasaran. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan ini. Semoga ia menjadi wadah berguna buat semua.

Mazlan bin Che Kob
Penerbit myBuletinz.blogspot