Peserta yang terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik komputer memulakan aktiviti dan bengkel seawal 9 pagi. Beberapa orang GPB perempuan tidak terkecuali malah mereka dengan jayanya mengikuti program ini. Meneliti perkakasan sebelum menerusikan proses install. Peralatan yang dipasang tidak betul boleh menyebabkan kerosakan pada papa induk.
Mengesan masalah awal adalah lebih baik daripada menukar peralatan dengan kos yang tinggi. Masalah ini dapat diatasi sekirannya guru tahu teknik dan cara yang berkesan.
Semasa bengkel ini, mereka juga didedahkan cara memasang cat6 head talian networking. Rata-rata belum pernah mencuba. Setelah melalui proses ini dan dibantu oleh FT yang mahir, akhirnya GPB dapat merealisasikan apa yang mereka pelajari semasa bengkel ini. Diakhir bengkel rata-rata GPB dapat menguasi kemahiran mengesan, memperbaiki dan menyelenggara komputer atau laptop secara sendiri. Jika sebelum ini mereka agak takut-takut namun setelah bengkel ini, GPB dan FT begitu yakin dengan tugas mereka. Sebenarnya mereka telah pun tahu untuk menyelenggara komputer malah ada setengah GPB dan FT mempunyai kemahiran yang tinggi, namun kerana tiada bimbingan, mereka kurang yakin. Setelah bengkel ini berakhir, rata-rata melahirkan puas hati dan berkeyakinan dengan apa yang mereka akan buat nanti. Ini terbukti apabila kebanyakan komputer yang dibawa untuk latihan ( rosak ) telah diperbaiki dengan jayanya. Tahniah, semoga ilmu ini berkembang dan menjadi ibadah.
No comments:
Post a Comment