Sunday, 29 September 2013

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS SK MERTING

PKG TEMBELING berusaha membantu sekolah untuk memastikan PSS bersedia menjalankan operasinya dari masa ke semasa.

Monday, 16 September 2013

BAHAN PSS VERSI 2

PKG TEMBELING telah mengedarkan bahan untuk kegunaan PSS bagi kelompok PKG Tembeling Versi 2. Diharapkan guru-guru mengggunakannya sebaik mungkin. Sila kembalikan borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dengan kadar segera. Bahan tersebut telah diedarkan pada 10 September 2013. Terima kasih kerana memberi kerjasama.

Jika anda menerima kulit CD seperti ini, maka bererti ada telah menerima bahan asal daripada PKG Tembeling yang telah diedarkan seawal 10 September 2013. Bahan tersebut boleh diperbanyakan untuk kegunaan sekolah dan tujuan pendidikan.

Monday, 9 September 2013

EDARAN BAHAN BERGAMBAR

Pengedaran CD Aktiviti PKG Tembeling 2012-2013 akan dibuat dalam beberapa masa terdekat ini. Diharapkan ia dalam penerimaan pihak sekolah dan HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA.

Thursday, 5 September 2013

LOGO / LENCANA KELOMPOK PKG TEMBELING

Berikut adalah logo / lencana sekolah bagi kelompok PKG Tembeling...

SK CHEBONG
SK JERANTUT JAYA
SK KUALA TEMBELING
SK MERTING
SK PASIR DURIAN
SK PEDAH
SK PULAU MANSOK
SK TANAH ROM
SK TEH
SMK JERANTUT
SMK KUALA TEMBELING

Sunday, 1 September 2013

SK KUALA TEMBELING, DESTINASI RIVER VIEW

River View, itulah gelaran yang layak digelarkan kepada SK Kuala Tembeling yang terletak lebih kurang 250 Meter daripada Sungai Pahang. Apa yang menarik lagi ialah ia terletak di antara dua pertemuan sungai yang digelar sebagai Pasir Tambang. Sekolah ini cantik dan menarik kerana pemandangan sungai yang juga menjadi Jeti Utama pelancongan ke Taman Negara Pahang.

Terdapat ramai pelancong yang mengakses laluan ini untuk ke Taman Negara Pahang. Justeru, sekolah ini tampak menarik dan boleh dijadikan lokasi pelancongan sekiranya di ambil kesempatan ini. Walaupun sekolah ini sekolah luar bandar, namun murid-muridnya  mempunyai potensi yang cemerlang dalam akademik. Para guru yang dedikasi telah menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang disebut-sebut dalam pencapaian akademik yang baik.

Bersebelahan dengan sekolah ialah Pusat Kegiatan Guru Tembeling (PKG Tembeling). Suasana river View ini menjadikan suasana di sekitar sekolah dan pembelajaran menjadi tenang dan damai. Diharapkan suatu masa nanti, sekolah ini lebih berdaya saing, maju dan lebih dikenali.

Sekola ini terletak tidak jauh dari bandar Jerantut, iaitu kira-kira 23km sahaja. Ia boleh diakses melalui jalan raya, iaitu jalan utama Jerantut-Kuala Lipis melalui Mela-Kerambit terus ke Bandar Kuala Lipis. Suatu ketika dahulu, terdapat hentian kecil kereta api yang membolehkan penduduk terus ke bandar seperti Jerantut mahupun Kuala Lipis. Namun perkhidmatan itu diberhentikan kerana  pengguna boleh terus menaik bas, teksi atau perkhidmatan teksi sapu. Justeru, lokasi sekolah ini dapat diakses dengan mudah dan tidak perlu menggunakan perkhidmatan awam sekiranya memilik kenderaan sendiri.

Kebanyakan guru yang bertugas di sini tinggal di bandar Jerantut dan berulang alik dengan kenderaan sendiri ke sekolah ini. Bagi mereka jarak bukan ukuran, apa yang penting ialah memberi perkhidmatan pendidikan yang terbaik buat generasi di sini.

Antara kemudahan lain di sini ialah terdapatnya balai polis, klinik kesihatan, pekan yang cantik dan pelbagai kemudahan-kemudahan lain. Tegasnya, lokasi ini bukanlah suatu lokasi yang susah malah ia membangun selaras dengan peredaran masa. Semoga pekan Kuala Tembeling ini menjadi pekan yang membangun dengan pelbagai fasarana yang menarik dari masa ke semasa.

Wednesday, 31 July 2013

BUKU INFORMASI PKG TEMBELING BIL.1/2013 | EDISI 1

PKG Tembeling akan melancarkan BUKU INFORMASI PKG TEMBELING BIL.1/2013 | EDISI 1 yang kini dalam proses penambahbaikan, editing akhir dan menyemak ejaan. Apabila ia dilancarkan kelak, maka sekolah kelompok serta pelanggan kami akan mendapat buku ini secara percuma. Ia mengandungi antara lainnya ialah mengenai PKG, Aktiviti, Bekas Penyelaras atau Pegawai Teknologi Pendidikan, perancangan aktiviti dan sebagainya. Nantikan kemunculannya untuk dikongsikan bersama. (Muka hadapan masih dalam penilaian )

Tuesday, 30 July 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kami staf PKG Tembeling 2013, mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca buletin ini tidak kira di mana sahaja anda berada. Semoga Aidilfitri tahun ini ceria dan cemerlang. Kepada yang memandu untuk balik kampung, berhati-hati dijalan raya dan semoga selamat tiba serta selamat kembali bertugas. Ingat orang tersayang, biar lambat asal selamat. Jangan iringi kepulangan anda dengan air mata kesedihan, sambutlah Aidilfitri dengan penuh keriangan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Monday, 29 July 2013

PERKHEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKAT DAERAH JERANTUT

12 April 2013- KEM Kokurikulum Kg. Pedah telah menerima hampir 100 orang peserta Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Daerah Jerantut 2013. Perkhemahan ini disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah menengah seluruh Jerantut. 

Perkhemahan yang menguji kecekapan dan kemahiran ilmu kebombaan, telah berjalan dengan baik dan lancar. Sepanjang perkhemahan pelbagai aktiviti telah diadakan. Peserta begitu teruja mengikut setiap aktiviti yang diadakan. Mereka mengambil bahagian dengan begitu aktif sehinggakan setiap aktiviti yang dijalankan mendapat penyertaan yang baik.







Penerapan nilai-nilai moral dan murni kepada peserta telah memberi impak positif. Mereka begitu berdisiplin dalam gerak kerja dan telah menjayakan perkhemahan ini dengan jayanya. 

Tahniah diucapkan kepada pasukan ini kerana berjaya melaksanakan aktiviti dengan cemerlang. Diharapkan ia menjadi satu tradisi kepada penganjuran aktiviti seperti ini dan menjadi contoh yang baik kepada peserta dari pasukan beruniform yang lain.

Sunday, 28 July 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT PPD JERANTUT

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut (PPDJ) kerana berjaya menjayakan program ini. Juga tidak lupa diucapkan tahniah kepada SMK Kuala Tembeling kerana melaksanakan temasya ini dengan cemerlang sebagai tuan rumah. Semoga program seperti ini bukan sahaja dapat dilaksanakan bagi setiap tahun malah ia dapat berfungsi sebagai media kepada perpaduan.

Penganjuran ini dianggap berjaya kerana kalau dilihat penyertaannya sangat memuaskan. Tidak ketinggalan juga penyertaan daripada pelbagai kaum dan mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak termasuklah JPAM, PDRM, Kesihatan dan beberapa agensi yang lain. Pusat Kegiatan Guru Tembeling pula berperanan sebagai pihak yang bertanggungjawab merakam peristiwa ini  dan mendokumentasikan  sebagai bahan sejarah yang perlu diingati. Semoga semangat seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan menjadikan ia sebagai aktiviti wajib pada setiap tahun.
 
 


TEMPAT :
PEKAN KUALA TEMBELING
SK KUALA TEMBELING
SMK KUALA TEMBELING

TARIKH : 7 Februari 2013
MASA   : 8.00 Pagi

juru foto
mazlan bin che kob
mazlqan@yahoo.com

yondrika bin sudirman
pkg_tembeling@yahoo.com

hakcipta
pkgtembeling 2013

Wednesday, 20 March 2013

Bengkel membina Modul Sains, Bahasa Inggeris dan Muzik 2013

Bengkel ini dijalankan serentak di PKG Tembeling. Aktiviti ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada 5.00 petang. Kebanyakan yang hadir ialah ketua panitia/ketua bidang bagi mata pelajaran berkenaan. Terima kasih kepada yang dapat hadir dan menyiapkan bahan. Tarikh tutup penghantaran bahan ialah pada 24 April 2013 dan semoga ia mendapat kerjasama daripada semua yang hadir.

Monday, 11 March 2013

KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK KUALA TEMBELING, 12 Mac 2013- Aktiviti rutin bagi PKG Tembeling bagi setiap tahun ini dikembangkan lagi ke Pusat Sumber (PSS) SMK Kuala Tembeling. Fokus utama dalam khidmat bantu ini ialah meningkatkan keceriaan dan memperbaharui lebal-lebal lama yang usang. 

Terima kasih diucapkan kepada guru dan pelajar yang banyak membantu dalam persediaan ini. Semoga Pusat Sumber sekolah ini yang dikenali sebagai BAITUL HIKMAH, akan sentiasa bersedia untuk mengadakan operasinya dan seterusnya memberi ruang yang terbaik kepada semua pelanggan untuk sama-sama mencipta kejayaan. 


 Encik Mohd. Fadlillah, PTP1 sedang mengemaskini sudut Penghargaan dan Anugerah yang mempamerkan tentang sijil-sijil pencapaian yang pernah diterima. Pencapaian yang baik PSS sekolah ini tidak harus dipandang sepi. Mengambil kesempatan inilah kami PKG Tembeling telah menurunkan KRU bagi membantu PSS supaya berada dalam keadaan ceria dan kemas.


Hiharapkan selepas ini, PSS sekolah ini dapat beroperasi dengan lebih cemerlang lagi terutamanya rekod pinjaman, program Nilam dan sebagainya dioperasikan semaksimanya. Semoga program ini telah membantu SMK Kuala Tembeling seadanya.

BENGKEL EMAIL YAHOO DAN GMAIL

TEMBELING, 5 Mac 2013. Bengkel pertama bagi edisi 2013 pada tahun ini dikendalikan oleh Encik Mohd Fadlillah, PTP2, PKG Tembeling. Bengkel ini diperkanalkan sebagai satu usaha untuk membudayakan email kepada guru dan kakitangan sekolah.

BENGKEL FOTOGRAFI 2013


Objektif & Tujuan
1. Terdapat beberapa permintaan daripada sahabat, Guru besar dan pengetua mengenai bengkel ini.
2. Membantu guru-guru  untuk mengendalikan kamera SLR / DSLR dengan betul terutamanya menghasilkan gambar yang berkualiti.
3. Berkongsi ilmu mengenai kamera jenis ini
4. Memenuhi permintaan
5. Membantu membuat rekod bergambar bagi tujuan dokumentasi bagi pihak individu, pihak sekolah, daerah atau negeri mahupun kebangsaan.
6. Bengkel ini dijalankan secara persenal, tidak melibatkan waktu sekolah kerana pekeliling sedang berkuatkuasa sekarang, tidak membenaran guru keluar meninggalkan sekolah melebih had yang telah ditetapkan. Namun ia masih dikendalikan secara formal.
Makluman
Tempat : PKG Cameron Highland
Tarikh : Bulan 4 atau 5
Bilangan hari : 3 hari 2 malam
Peralatan : laptop , kamera SLR/ DSLRspeed Light, Tripod, Monopod dan aksesories lain.
Cara pergerakan :  Berkongsi kereta / kenderaan sendiri / keluarga
Bayaran penuh dan sekiranya menarik diri, bayaran penyertaan tidak dipulangkan, kira hangus.
Boleh bawa bawa keluarga sendiri sambil bercuti tetapi bayaran kursus adalah sama seperti peserta lain. Urusan makan minum tanggungan sendiri  dan kos lain adalah penganjur tidak menanggungnya. Maksudnya, bayaran tetap kos bengkel perlu diselesaikan dan urusan bilik keluarga yang dibawa bukan tanggunggan penganjur.
Aturcara
Jumaat ( Hari pertama dan Perjalanan )
10.00 pagi - Berkumpul di PKG Tembeling
10.45 Pagi -  Sarapan pagi di PKG Padang Tengku dan Lawatan Kerja
11.30 Pagi - Perjalanan ke PKG Cameron Highlands, SK Tanah Rata
                   - Solat Jumaat
                   -  Lawatan Kerja ke PKG dan SK Tanah Rata
5.00  petang -  Perlawanan bola tampar persahabatan dengan SK Tanah Rata
8.30 malam – Pengenalan kamera

Sabtu ( Hari Kedua)
8.30  pagi – Bengkel 1
10.30 pagi – Rehat
11.00 pagi – Bengkel 2
12.30 tengahari – Rehat, Solat, Makan tengahari
2.30 petang – Bengkel 3
4.30 petang – Kerja Kursus & santai, Solat, Makan Malam
8.30 malam – Bengkel 4
10.00 malam - Rehat

Ahad (Hari ketiga)
8.30  pagi – Bengkel 5
10.30 pagi – Rehat
11.00 pagi – Bengkel 6
12.30 tengahari –  Penutup, makan tengahari dan perjalanan pulang.


ISI KANDUNGAN KURSUS
1. Mengenal Kamera dan jenis jenis lensa
2. Peralatan dan aksesori dslr seperti ext. tube, tripod dan flash
3. Cara pengendalian kamera yang betul, cara memegang dan berdiri
4. Pemilihan mode, yang mana satu sesuai?
5. Memahami ISO dan cara pemilihan
6. Mengenal Aperture dan kaedah pengawalan
7. Apa itu Shutter speed dan kesan pada kreativiti
8. Fahami White Balance
9. Teknik Auto Fokus, Manual Focus, Continous servo dan auto focus tracking
10. Fahami Depth of field untuk bokeh dan sharpness
11. Fahami static & pannig shoot untuk sukan

Catatan
Keputusan perbincangan yang diadakan di PKG Temin pada 11 Mac 2013, jam 3 petang telah bersetuju untuk mengadakan bengkel ini pada 26-28 April 2013 di cameron highlands (Jumaat-Ahad) dengan kadar bayaran RM170 sahaja.
RM 70 SAHAJA SEKIRANYA ANDA MENCARI PENGINAPAN SENDIRI SAMA ADA BAWA KELUARGA ATAU TIDAK.
RM170 SEKIRANYA PENGINAPAN DISEDIAKAN SENDIRI (BERGANTUNG KEPADA CUKUP ATAU TIDAK BILANGAN PESERTA 9 ORANG SEBUAH APARTMENT. Sekiranya kurang, selebihnya peserta kategori ini hendaklah menampung kos untuk satu apartment.
Pihak penganjur mencadangkan anda mencari mana-mana homestay atau bilik bagi mengatasi masalah ini. Sekiranya anda mendapat sendiri bilik atau homestay, anda hanya membayar RM70 untuk kos bengkel ini terutamanya bagi kos makan dan minum serta kos penceramah. PKG sebagai penganjur berusaha membantu dari segi kos lain-lain dan sebagainya.

TARIKH BENGKEL : 26 HINGGA 28 APRIL 2013
TEMPAT : PKG CAMERON HIGHLANDS

Sila beri MAKLUMA BALAS ANDA SEGERA kepada ENCIK MAZLAN BIN CHE KOB dengan sms jawapan anda
SETUJU DAN BAWA KELUARGA/SENDIRI ( nyatakan bawa atau tidak keluarga)
TIDAK MENGIKUTI ( bagi yang menolak penyertaan awal)

 Ke nombor 013-9931040


Sekiranya ada cadangan/pertanyaan.. sila berhubung terus dengan kami.. semoga masalah yang wujud dapat di atasi...