Wednesday, 20 March 2013
Bengkel membina Modul Sains, Bahasa Inggeris dan Muzik 2013
Bengkel ini dijalankan serentak di PKG Tembeling. Aktiviti ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada 5.00 petang. Kebanyakan yang hadir ialah ketua panitia/ketua bidang bagi mata pelajaran berkenaan. Terima kasih kepada yang dapat hadir dan menyiapkan bahan. Tarikh tutup penghantaran bahan ialah pada 24 April 2013 dan semoga ia mendapat kerjasama daripada semua yang hadir.
Monday, 11 March 2013
KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK KUALA TEMBELING, 12 Mac 2013-
Aktiviti rutin bagi PKG Tembeling bagi setiap tahun ini dikembangkan
lagi ke Pusat Sumber (PSS) SMK Kuala Tembeling. Fokus utama dalam
khidmat bantu ini ialah meningkatkan keceriaan dan memperbaharui
lebal-lebal lama yang usang.
Terima
kasih diucapkan kepada guru dan pelajar yang banyak membantu dalam
persediaan ini. Semoga Pusat Sumber sekolah ini yang dikenali sebagai
BAITUL HIKMAH, akan sentiasa bersedia untuk mengadakan operasinya dan
seterusnya memberi ruang yang terbaik kepada semua pelanggan untuk
sama-sama mencipta kejayaan.
Encik Mohd. Fadlillah, PTP1 sedang mengemaskini sudut Penghargaan dan Anugerah yang mempamerkan tentang sijil-sijil pencapaian yang pernah diterima. Pencapaian yang baik PSS sekolah ini tidak harus dipandang sepi. Mengambil kesempatan inilah kami PKG Tembeling telah menurunkan KRU bagi membantu PSS supaya berada dalam keadaan ceria dan kemas.
Hiharapkan selepas ini, PSS sekolah ini dapat beroperasi dengan lebih cemerlang lagi terutamanya rekod pinjaman, program Nilam dan sebagainya dioperasikan semaksimanya. Semoga program ini telah membantu SMK Kuala Tembeling seadanya.
BENGKEL EMAIL YAHOO DAN GMAIL
TEMBELING, 5 Mac 2013. Bengkel pertama bagi edisi 2013 pada tahun ini dikendalikan oleh Encik Mohd Fadlillah, PTP2, PKG Tembeling. Bengkel ini diperkanalkan sebagai satu usaha untuk membudayakan email kepada guru dan kakitangan sekolah.
BENGKEL FOTOGRAFI 2013
Objektif & Tujuan
1. Terdapat beberapa permintaan daripada
sahabat, Guru besar dan pengetua mengenai bengkel ini.
2. Membantu guru-guru untuk mengendalikan kamera SLR / DSLR dengan
betul terutamanya menghasilkan gambar yang berkualiti.
3. Berkongsi ilmu mengenai kamera jenis ini
4. Memenuhi permintaan
5. Membantu membuat rekod bergambar bagi tujuan
dokumentasi bagi pihak individu, pihak sekolah, daerah atau negeri mahupun
kebangsaan.
6. Bengkel ini dijalankan secara persenal,
tidak melibatkan waktu sekolah kerana pekeliling sedang berkuatkuasa sekarang,
tidak membenaran guru keluar meninggalkan sekolah melebih had yang telah
ditetapkan. Namun ia masih dikendalikan secara formal.
Makluman
Tempat : PKG Cameron Highland
Tarikh : Bulan 4 atau 5
Bilangan hari : 3 hari 2 malam
Peralatan : laptop , kamera SLR/ DSLRspeed Light,
Tripod, Monopod dan aksesories lain.
Cara pergerakan : Berkongsi kereta / kenderaan sendiri /
keluarga
Bayaran penuh dan sekiranya menarik diri,
bayaran penyertaan tidak dipulangkan, kira hangus.
Boleh bawa bawa keluarga sendiri sambil bercuti
tetapi bayaran kursus adalah sama seperti peserta lain. Urusan makan minum
tanggungan sendiri dan kos lain adalah
penganjur tidak menanggungnya. Maksudnya, bayaran tetap kos bengkel perlu
diselesaikan dan urusan bilik keluarga yang dibawa bukan tanggunggan penganjur.
Aturcara
Jumaat ( Hari pertama dan Perjalanan )
10.00 pagi - Berkumpul di PKG Tembeling
10.45 Pagi -
Sarapan pagi di PKG Padang Tengku dan Lawatan Kerja
11.30 Pagi - Perjalanan ke PKG Cameron
Highlands, SK Tanah Rata
- Solat Jumaat
-
Lawatan Kerja ke PKG dan SK Tanah Rata
5.00
petang - Perlawanan bola tampar
persahabatan dengan SK Tanah Rata
8.30 malam – Pengenalan kamera
Sabtu ( Hari Kedua)
8.30
pagi – Bengkel 1
10.30 pagi – Rehat
11.00 pagi – Bengkel 2
12.30 tengahari – Rehat, Solat, Makan tengahari
2.30 petang – Bengkel 3
4.30 petang – Kerja Kursus & santai, Solat,
Makan Malam
8.30 malam – Bengkel 4
10.00 malam - Rehat
Ahad (Hari ketiga)
8.30
pagi – Bengkel 5
10.30 pagi – Rehat
11.00 pagi – Bengkel 6
12.30 tengahari – Penutup, makan tengahari dan perjalanan
pulang.
ISI
KANDUNGAN KURSUS
1. Mengenal Kamera dan jenis jenis lensa
2. Peralatan dan aksesori dslr seperti ext. tube, tripod dan flash
3. Cara pengendalian kamera yang betul, cara memegang dan berdiri
4. Pemilihan mode, yang mana satu sesuai?
5. Memahami ISO dan cara pemilihan
6. Mengenal Aperture dan kaedah pengawalan
7. Apa itu Shutter speed dan kesan pada kreativiti
8. Fahami White Balance
9. Teknik Auto Fokus, Manual Focus, Continous servo dan auto focus tracking
10. Fahami Depth of field untuk bokeh dan sharpness
1. Mengenal Kamera dan jenis jenis lensa
2. Peralatan dan aksesori dslr seperti ext. tube, tripod dan flash
3. Cara pengendalian kamera yang betul, cara memegang dan berdiri
4. Pemilihan mode, yang mana satu sesuai?
5. Memahami ISO dan cara pemilihan
6. Mengenal Aperture dan kaedah pengawalan
7. Apa itu Shutter speed dan kesan pada kreativiti
8. Fahami White Balance
9. Teknik Auto Fokus, Manual Focus, Continous servo dan auto focus tracking
10. Fahami Depth of field untuk bokeh dan sharpness
11. Fahami
static & pannig shoot untuk sukan
Catatan
Keputusan perbincangan yang diadakan di PKG
Temin pada 11 Mac 2013, jam 3 petang telah bersetuju untuk mengadakan bengkel
ini pada 26-28 April 2013 di cameron highlands (Jumaat-Ahad) dengan kadar
bayaran RM170 sahaja.
RM 70 SAHAJA
SEKIRANYA ANDA MENCARI PENGINAPAN SENDIRI SAMA ADA BAWA KELUARGA ATAU TIDAK.
RM170 SEKIRANYA
PENGINAPAN DISEDIAKAN SENDIRI (BERGANTUNG KEPADA CUKUP ATAU TIDAK BILANGAN
PESERTA 9 ORANG SEBUAH APARTMENT. Sekiranya kurang, selebihnya peserta kategori ini hendaklah menampung kos untuk
satu apartment.
Pihak penganjur mencadangkan anda mencari mana-mana
homestay atau bilik bagi mengatasi masalah ini. Sekiranya anda mendapat sendiri
bilik atau homestay, anda hanya membayar RM70 untuk kos bengkel ini terutamanya
bagi kos makan dan minum serta kos penceramah. PKG sebagai penganjur berusaha
membantu dari segi kos lain-lain dan sebagainya.
TARIKH BENGKEL : 26 HINGGA 28 APRIL 2013
TEMPAT : PKG CAMERON HIGHLANDS
Sila beri MAKLUMA BALAS ANDA SEGERA kepada ENCIK MAZLAN BIN CHE KOB dengan
sms jawapan anda
SETUJU DAN BAWA KELUARGA/SENDIRI ( nyatakan bawa atau tidak keluarga)
TIDAK MENGIKUTI ( bagi yang menolak penyertaan awal)
Ke nombor 013-9931040
Sekiranya ada cadangan/pertanyaan.. sila berhubung terus dengan kami.. semoga masalah yang wujud dapat di atasi...
Sekiranya ada cadangan/pertanyaan.. sila berhubung terus dengan kami.. semoga masalah yang wujud dapat di atasi...
Subscribe to:
Posts (Atom)