Sunday, 29 September 2013
PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS SK MERTING
PKG TEMBELING berusaha membantu sekolah untuk memastikan PSS bersedia menjalankan operasinya dari masa ke semasa.
Monday, 16 September 2013
BAHAN PSS VERSI 2
PKG TEMBELING telah mengedarkan bahan untuk kegunaan PSS bagi kelompok PKG Tembeling Versi 2. Diharapkan guru-guru mengggunakannya sebaik mungkin. Sila kembalikan borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dengan kadar segera. Bahan tersebut telah diedarkan pada 10 September 2013. Terima kasih kerana memberi kerjasama.
Jika anda menerima kulit CD seperti ini, maka bererti ada telah menerima bahan asal daripada PKG Tembeling yang telah diedarkan seawal 10 September 2013. Bahan tersebut boleh diperbanyakan untuk kegunaan sekolah dan tujuan pendidikan.
Monday, 9 September 2013
EDARAN BAHAN BERGAMBAR
Pengedaran CD Aktiviti PKG Tembeling 2012-2013 akan dibuat dalam beberapa masa terdekat ini. Diharapkan ia dalam penerimaan pihak sekolah dan HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA.
Thursday, 5 September 2013
LOGO / LENCANA KELOMPOK PKG TEMBELING
Berikut adalah logo / lencana sekolah bagi kelompok PKG Tembeling...
SK CHEBONG
SK JERANTUT JAYA
SK KUALA TEMBELING
SK MERTING
SK PASIR DURIAN
SK PEDAH
SK PULAU MANSOK
SK TANAH ROM
SK TEH
SMK JERANTUT
SMK KUALA TEMBELING
Sunday, 1 September 2013
SK KUALA TEMBELING, DESTINASI RIVER VIEW
River View, itulah gelaran yang layak digelarkan kepada SK Kuala Tembeling yang terletak lebih kurang 250 Meter daripada Sungai Pahang. Apa yang menarik lagi ialah ia terletak di antara dua pertemuan sungai yang digelar sebagai Pasir Tambang. Sekolah ini cantik dan menarik kerana pemandangan sungai yang juga menjadi Jeti Utama pelancongan ke Taman Negara Pahang.
Terdapat ramai pelancong yang mengakses laluan ini untuk ke Taman Negara Pahang. Justeru, sekolah ini tampak menarik dan boleh dijadikan lokasi pelancongan sekiranya di ambil kesempatan ini. Walaupun sekolah ini sekolah luar bandar, namun murid-muridnya mempunyai potensi yang cemerlang dalam akademik. Para guru yang dedikasi telah menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang disebut-sebut dalam pencapaian akademik yang baik.
Bersebelahan dengan sekolah ialah Pusat Kegiatan Guru Tembeling (PKG Tembeling). Suasana river View ini menjadikan suasana di sekitar sekolah dan pembelajaran menjadi tenang dan damai. Diharapkan suatu masa nanti, sekolah ini lebih berdaya saing, maju dan lebih dikenali.
Sekola ini terletak tidak jauh dari bandar Jerantut, iaitu kira-kira 23km sahaja. Ia boleh diakses melalui jalan raya, iaitu jalan utama Jerantut-Kuala Lipis melalui Mela-Kerambit terus ke Bandar Kuala Lipis. Suatu ketika dahulu, terdapat hentian kecil kereta api yang membolehkan penduduk terus ke bandar seperti Jerantut mahupun Kuala Lipis. Namun perkhidmatan itu diberhentikan kerana pengguna boleh terus menaik bas, teksi atau perkhidmatan teksi sapu. Justeru, lokasi sekolah ini dapat diakses dengan mudah dan tidak perlu menggunakan perkhidmatan awam sekiranya memilik kenderaan sendiri.
Kebanyakan guru yang bertugas di sini tinggal di bandar Jerantut dan berulang alik dengan kenderaan sendiri ke sekolah ini. Bagi mereka jarak bukan ukuran, apa yang penting ialah memberi perkhidmatan pendidikan yang terbaik buat generasi di sini.
Antara kemudahan lain di sini ialah terdapatnya balai polis, klinik kesihatan, pekan yang cantik dan pelbagai kemudahan-kemudahan lain. Tegasnya, lokasi ini bukanlah suatu lokasi yang susah malah ia membangun selaras dengan peredaran masa. Semoga pekan Kuala Tembeling ini menjadi pekan yang membangun dengan pelbagai fasarana yang menarik dari masa ke semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)